Bersua lagi kali ini dengan entri bagaimana kita hendak touch up cat kereta dengan menggunakan spray tin atau lebih dikenali sebagai cat bancuh. biasanya permukaan kereta yang hendak dicat bukanlah merupakan suatu permukaan yang besar seperti pintu, bonet, bumbung dan sebagainya. kita hanya hendak mengecat semula permukaan yang kecil seperti side mirror, skirt sama ada hadapan, tepi atau belakang, grill, spoiler dan lain-lain lagi. permukaan kecil seperti ini sangat sesuai kalau kita menggunakan spray tin atau cat bancuh tadi
Mengapa selalu cat ini disebut sebagai cat bancuh dan cat spray ini bukanlah ready made seperti kebanyakan spray tin biasa yang boleh dibeli begitu sahaja. cat bancuh ini sebenarnya merupakan cat kereta yang menggunakan brand dan code tertentu, dibancuh sedikit supaya sesuai dengan warna asal cat kereta dan kemudiannya barulah dimasukkan ke dalam tin spray menggunakan mesin khas. bukan semua kedai cat menyediakan perkhidmatan seperti ini, hanya kedai cat tertentu sahaja yang menawarkan cat bancuh ini. bagi yang tinggal di terengganu, khususnya di kuala terengganu, anda boleh membeli cat ini di lokasi jalan gong kapas, berhadapan dengan sekolah rendah gong kapas kuala terengganu. nama kedai ialah cheng seng bersebelahan dengan kedai repair seat dan berdekatan juga dengan kedai tayar. harga satu tin rm26.50 sahaja. yang pasti anda perlu membawa kereta atau mana-mana bahagian kereta yang bercat seperti penutup minyak petrol untuk disesuaikan dengan cat yang hendak dibeli. bagi kedai di kuala terengganu, dia minta bawakan kereta atau mana-mana part asal untuk menjadikan cat sama dengan warna asal kereta, kalau tidak dia tidak akan buat cat tu untuk kita
Spray Bumper Dan Grip Handle Pintu Kereta - Cat Kereta Sendiri Guna Spray Tin Panduan Lengkap Untuk Proses Cat Kereta Diy title=Fire Starting Automobil: DIY Spray Bumper Dan Grip Handle Pintu Kereta style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSQlFgv799SZgzDLZ6HgblKaEgSpB3bHEfyBh-DLng7PT3lsp4WozBJGsHpdAjNGQN3X14&usqp=CAU'; />
Saya ambil contoh untuk mengecat skirt depan kereta saya. pertamanya kita perlu menggosok pemukaan cat lama dengan menggunakan kertas pasir grit 500, kertas pasir mestilah water proof dan kita perlu gunakan air bagi menggosok permukaan supaya rata. biasalah kan, skirt depan ni selalu terkena batu-batu kecil dan lama kelamaan cat akan tanggal dan meninggalkan sedikit kesan lubang-lubang kecil pada skirt tersebut. gosok sedikit sahaja dulu dengan kertas pasir tadi sehingga rata sedikit sahaja. lubang-lubang kecil masih ada dan perlu ditutup dengan menggunakan simen kereta
Ini Cara Seat Cat Kereta
Selesai kerja-kerja menggosok dengan kertas pasir 500 kita sapukan pula simen kereta jenis halus dan bukannya jenis kasar ye, sebab kita hendak menutup lubang-lubang kecil akibat percikan batu itu tadi. letakkan simen ini hanya sekadar menutup lubang dan jangan terlalu tebal sangat, nanti susah pula untuk kita menggosok kali kedua dan seterusnya. apabila putty ini dah mengeras maka kita perlu menggosok dengan kertas pasir 800 atau 1000 grit juga dengan menggunakan air. apabila dah rata dan licin akhir sekali gosok pula dengan kertas pasir 200 grit, tak nak guna 2000 pun tak apa, memadai dengan menggunakan 1000 grit sahaja. apabila dah licin, tunggu sehingga kering dan bersedialah pula untuk proses mengecat dengan spray bancuh tadi
Tutup bahagian lain dengan surat khabar supaya tidak kena dengan cat yang akan dispray nanti. layer pertama spray nipis dahulu dan tunggu sehingga 5 minit barulah dispray dengan layer kedua yang lebih tebal sedikit dengan layer pertama tadi. tunggu sehingga 10 minit kemudiannya spray dengan layer ketiga dan begitulah seterusnya sehingga kita berpuas-hati dengan hasil yang diinginkan. apabila layer terakhir dikenakan, tunggu sehingga 15 minit dan kemudiannya barulah dispray dengan clear beberapa layer sehingga siap. bagi setiap layer dan untuk spray layer berikutnya tunggu beberapa minit dahulu, kalau spray tebal terus sudah pasti cat atau pun clear akan meleleh dan mengalir ke bawah dan ini menyebabkan hasilnya nanti tidak akan cantik
Apabila dah siap maka terhasillah seperti gambar di atas, warna nampak sama dengan asal, cat pun nampak berkilat dan baru. selepas satu atau dua hari maka bolehlah kita polish cat tersebut untuk melicinkan dan meratakan lagi permukaan cat tersebut. sebelum polish, gosok dulu dengan kertas pasir 2000 grit sekadar untuk meratakan permukaan cat baru. kemudian polish sehingga licin dan rata
Car Coating Terbaik Untuk Lindungi Kereta Anda
Inilah hasil yang dispray pada spoiler gsr dan saya kira dah mencapai usia melebihi 5 tahun, ternyata cat masih cantik dan tidak pudar lagi. warna sama seperti cat asal kereta
Spoiler standard wira atau lebih dikenali sebagai spoiler itik, juga menggunakan cat bancuh dan juga menggunakan kaedah yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas. apa yang penting ialah cat bancuh ini menghasilkan warna yang seragam dengan body kereta dan lebih tahan lama sama seperti menggunakan spray gun di kedai. kalau upah spray di mana-mana bengkel cat sudah pasti menelan belanja yang tinggi juga. DIY menjimatkan...Woofer Storm said... Nak tanya, cthlah kalau beli kereta basic, kebiasaannya bumper dia berwarna hitam depan belakang kan?jadi kalau nak cat, mana lagi murah?nak buat kat kedai ke?or sendri?kalau sendiri, cara yang betul bro macam mna??cat yang diguna mcm mna??cat spray tin jenis DPI ni ke?? or bagaimana??
Bila kita beli kereta basic dapat bumper pun hitam tidak bercat atau tukar bumper PU kita bleh buat sendiri untuk spray cat pada bumper tu.. Tak dinafikan, Biasanya kalau hantar ke bengkel cat paling kurang pun RM 150.00 satu bumper tapi ikut colourlahh kalau Matellic mahal sikit kalau ada pearl lagi lah mahal.. Bagi jimat kan kos kita boleh buat sendiri benda tu...
Cara Cat Kereta Sendiri Diy
Insya Allah.. Ada colour code spray aresole yang sama dengan cat kereta anda..Korang bolehlah cari cat spray tin DPI cam ni ada jual kat kedai ngan siap colour code kereta tersebut... sebagai contoh kalau kereta korang jenis produa kancil lah warna putih colour code kereta tu W14 ... korang boleh cari colour code yang sama ngan kereta anda dalam bentuk aerosol cat spray tin cam ni ... kami syorkan cari spray tin jenis DPI cam ni sebabnya cat tak mudah merekah atau retak retak pun kalau pakai jenis ni berbanding jenis-jenis yang lain ...

Kalau korang masih rasa ragu-ragu lagi korang boleh bancuh cat masukan dalam tin spray aresole..caranya kamu pergi kedai jual cat biasanya kedai bancuh cat(bukan bengkel spray) .. kamu sebut aje colour code apa..Colour apa ajer yang korang nak...
Pastu dia boleh tolong bancuh cat. Atau kalau nak sama colour tu korang tanggalkan tutup minyak tangki petrol kereta korang bagi kat kedai bancuh cat tu dapatkan sama colour serupa dengan tudung cat kereta tu..
Cara Cat Kete
Pastu dia isi dalam tin gas macam spray yg biasa jual kt kedai. Harga dia tak berapa pasti lah mungkin dalam RM 15.00. Nak cantik lagi, lepas korang spray, terus masuk 2k. 2k pun ada jual tapi syaratnya beli hari ni, terus kene guna. Kalau tak, 2k rosak. Kalau nak clear biasa, ambik clear yg biasa 1k. Yang ni bila2 boleh spray mengikut masa lapang
1) Tanggalkan bumper terlebih dahulu.. gunakan kertas pasir grade 400 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Buat dengan kehadiran air supaya air dapat membuang terus habuk dan tidak bersepah-sepah serta lebih efektif.Kemudian gunakan kertas pasir grade 600 untuk keseluruhan bumper.

Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul-betul licin dan sesuai. Pastu cuci dengan air dan jemur sampai kering air pada bumper tersebut..
Modal Hanya Rm40, Begini Caranya Hilangkan Warna 'kuning' Pada Lampu Kereta
2)Untuk bumper yang kali pertama nak cat contohnya bumper pada kereta basic ( mmg tak bercat bumper tu atau baru tukar bumper PU) di nasihatkan spray dulu Plastik Primer bagi memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik supaya cat dapat grip lekat tak mudah tanggal atau terkopek..Tunggu kering sebentar
3) Lepas tu korang spray undercode pakai spray murah-murah ajerr colour silver atau putih untuk colour base supaya sekata dengan colour yang di inginkan.Tunggu kering sebentar
4)Pastu Spray colour yang di inginkan ( Kat sini digunakan warna merah Brand colour Aikka paint , aku dapatkan kat kedai bancuh cat untuk samakan ngan warna kereta asal) Aikka colour ni mmg Brand cat kereta yang di maksukkan dalam tin.. Selalunya kalau kita lihat orang cat spray pakai spray gun tapi yang ni kita guna tin aeresole ajer..Spray selapis demi selapis sampai benar-benar rata..Tunggu kering cat..

Fakta Tentang Wd 40 Yang Anda Tidak Tahu!
1. Untuk bumper pertama kali cat..Seperti yang disyorkan Spray dulu Plastik Primer supaya cat mudah lekat dengan sempurna nanti kat permukaan bumper..
2. Pastu terus ajer cat spray warna hitam.. kalau dah memang bumper hitam nak spray pun hitam kita tak perlu spray under code.. jimat sikit... kat sini pun aku gunakan warna hitam bancuh kat kedai bancuh cat Aikka brand nak kasi colour sama ngan warna hitam kereta asal..
Adip46 : Slm bro kawe nok tanya mcmna nak cat pada handle grip pintu kete waja kawe pasal grip kawe asal tak cat (color dia itam). bleh tak pakai cat tin DPI bleh sama warna asal keta kawe tue.Timo kcih
Diy Cara Menghilangkan Kesan Calar Pada Kereta
Thanks bertanya.. Ok langkah nak cat grip handle pintu kereta basic hitam cam tu nak guna Brand DPI colour tu boleh tapi kena cari ngan colour yang hampir serupa.. Sama tu tak lah cuma hampir serupa..
4. Pastu spray pula ngan warna silver sebagai ganti undercode untuk colour base supaya sekata dengan colour yang di inginkan.Tunggu kering sebentar
5. Ok Spray warna yang di ingini..kat sini guna cat spray DPI Auto Spray Paint.. Macam yang aku cakap cari yang hampir sama atau sama code colour ngan warna asal kereta