Hari ini, jarang kelihatan budak-budak bermain di luar rumah. Kalau ada pun hanya bola dan sedikit permainan lain. Kebanyakannya menekuni telefon bimbit yang disebut perkara terpenting dalam lehidupan.
Berbeza dengan budak-budak kelahiran 80an dan 90-an, kebanyakan masa mereka di luar rumah dan berseronok mengeluarkan peluh tanpa takut untuk kulit bertukar gelap, tak kisah dengan rasa lapar dan pastinya kegiatan ini sangat menyeronokkan.
Baling Tin Aktiviti Menarik Untuk Sesi Riadah Berkumpulan title=Permainan Rare Zaman Dulu Yang Budak Sekarang Tak Kenal Pun style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTa0MYSyEnx_v9r-ktkZNzNR8Yc29hszkfL9OPH5HInCdlVOAOs6kaP8C4_u98g_CSP49w&usqp=CAU'; />
Ketika itu, tiada siapa kisahkan Mobile Lagends, tak kisah pun tentang telefon bimbit malah tak kisah pun kena sebat dengan ranting kayu atau getah paip sebab balik lambat. Yang penting hati seronok.
Baling Selipar: Pengenalan Permainan Baling Selipar
Galah Panjang – Zaman dulu, kalau tak buat guna kapur sekolah, guna arang yang mak-mak bakar sampah untuk buat petak. Paling best guna khemah orang kahwin yang dipasang sehari sebelum perkahwinan sebab lebih panjang petaknya. Memang bergegarlah kampung dengan gelak ketawa ketika itu. Sekarang, orang pergi majlis kahwin, dapat bungkusan, makan dan balik. Tak rasa pun seronok macam nie.
Baling tin – Dulu bukan ada duit nak beli-beli pun. Kutip saja tin susu, tin sardin dan air tin gas sama ada dalam tong sampah atau selongkar longokan tin yang mak-mak selalu simpan nak jual. Tak ada modal langsung pun, janji kreatif. Tin disusun secara piramid. Paling rare kalau dapat baling tin paling atas atau jatuhkan satu sahaja. Sebabnya selepas jatuh korang kena susun balik piramid itu. Main baling tin ini boleh menangis wei sebab sakit kena chop dengan bola rounders semasa cubaan nak menyusun tin tu. Memang berdartlah badan.Tapi tetap seronok biarpun menangis.
Konda-kondi – Korek je tanah sedikit dan cari kayu terutama kayu rambutan. Biasa selepas kayu dijongkitkan, pasukan lawan akan cuba menangkapnya. Kalau dia dapat tangkap, korang kalahlah. Cuba korang tengok, orang dulu-dulu tak kisah pun dengan penampilan, comot pun tak apa. Janji best.
Permainan Tradisional Malaysia Dari Zaman Kanak Kanak Kita
Gasing – Dulu, laman bertanah macam nie akan jadi port main gasing. Siapa paling banyak “pakuk” atau lubangkan gasing kawan, memang dikira lagend. Pendek kata, tak ada nak nangis-nangis pun time main nie. Mak panggil balik makan pun tak kisah. Tahu-tahu dah kena libas dengan ranting kayu sebab balik lambat, hahahaha.
Main getah – Permainan ini biasa dimainkan oleh budak perempuan.Sebab agak sopan. Biasanya getah akan dibuat seperti tali skipping. Bermula dari paras pinggang, semakin lama kedudukan tali getah ini akan dinaikkan dan pemainnya perlu melompat melepasi paras ditetapkan dan kemudian baru dikira sebagai pemenang.
Guli – Ini permainan budak lelaki zaman dulu. Biasanya setiap pemain akan memasukkan guli milik mereka ke dalam bulatan berdasarkan jumlah dipersetujui. kalau seorang lima biji maka setiap pemain perlu letak jumlah dimaksudkan. Siapa paling terrer membaling, yakni membawa guli keluar dari bulatan itu, memang penuhlah kocek dengan guli selepas itu. Kira jaguh kampunglah nie.
Cara Bermain Baling Tin
Tarik upih – Siapa pernah main. Memang seronok wei lawan tarik upih ini. Biasanya yang jadi tukang tarik ialah budak badan gempal sebab dia makan banyak. Tapi kalau yang kurus jadi tukang tarik kawan gempal, memang menangislahkan.
Police Entry – Nak main permainan ini senang jer. Lelaki dan perempuan pun boleh. Permainan ini mengira kepantasan larian individu. Biasanya seorang akan tutup mata dan kemudian dia mula mengira sampai 10. Biasanya semasa mengira itu, kawan-kawan dah cabut dulu takut ditangkap. Masa ini bermulalah adegan kejar mengejar. Seronok habis. Hah, macam-macamkan permainan orang dulu-dulu. Banyak keluar peluh, tak adalah memerap dalam rumah saja.
Buah letup – Nak main ini kena kreatif sikit. Kena cari buluh yang sesuai sebelum kita buat pemegangnya (juga dari buluh yang sudah diraut kecil) dan kemudian diisi dengan buah terung pipit. Sakit juga kalau kena ke badan. Tapi sekarang susah nak nampak sebab terung ini pun orang buat masakan. Sedap kalau goreng dengan ikan bilis dan cili padi. Terangkat rasanya.
Rpt Pengurusan Seni Dan Kesejahteraan Kr
Main nyorok-nyorok – Hahaha. Ini permainan paling bengang kalau kawan menyorok dalam tandas. Mana nak jumpakan. Kadang lebih sakit hati dia orang panjat pokok tinggi-tinggi dan duduk celah daun. Mana nak nampakkan. Lebih rare main masa rumah terputus bekalan elektrik. Masa tu la nak main nyorok-nyorok ini. Mana nak jumpakan.
Buah getah – Korang kenal tak buah ini apa? Inilah buah getah. Biasanya permainan ini memang saja nak cari gaduh sebab bila dua buah getah digosok bersama, ia akan menghasilkan haba yang sangat panas. Haba panas ini pula dicucuh ke kulit, memang nak cari pasallahkan sebab kulit dah menggelembung. Tapi buah getak ini ada juga digunakan untuk permainan congkak dan sebagainya.
Main masak-masak – Ini memang permainan budak perempuan. Habislah segala daun-daun di sekeliling rumah jadi mangsa petik. Kadang masak air saja-saja. Yang lelaki akan datang mengacau bila tengok orang perempuan main permainan ini.
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (team Building Games) Yang Mudah & Menarik
Congkak atas tanah – Dulu mana nak beli congkak seperti hari ini. Paling tidak budak-budak akan korek tanah dan gunakan biji getah atau guli untuk memulakan permainan. Tengok kreatifkan, tak perlu duit pun. Janji seronok jumpa kawan-kawan.

Roundas – Biasanya kayu pemukul roundas ini dibuat dari ranting dahan yang agak besar seperti rambutan dan sebagainya. Ada juga yang pakai papan tetapi menggergajinya sendiri bagi mendapatkan bentuk kayu. Memang bestlah siapa yang boleh pukul jauh sebab confirm kawan tak dapat tangkap dan mereka boleh buat satu pusingan.
Main jadi ninja – Nak sangat jadi ninjakan. Habislah kain pelekat ayah dan kain batik mak. Masa ini lawanlah sangat, tengok siapa yang terror jadi ninja. Hahahaha.
Permainan Rare Zaman Dulu Yang Budak Sekarang Tak Kenal Pun
Main siapa jadi mak harimau – Permainan ini memang best. Biasanya bila korang dah lalu bawah kawan-kawan tu, biasanya bila dia tutupkan tangannya, orang itulah kena tangkap dengan harimau. Mungkin istilah permainan ini ada banyak kerana mengikut negeri.
Main kahwin olok-olok – Hahaha. Masa ini memang berangan lebihkan. Ada majlis sanding olok-olok tapi tak ramai pun jumpa jodoh bila dah besar. Masing-masing pasti malu kalau tengok. Nasib jugalah tak ada kamera macam sekarang. Kalau tak dan pasti viral.
Hah, inilah antara 19 jenis permainan zaman dulu-dulu. Kalau nak dikira zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan. Siapa yang lahir zaman ini, mesti tahu permainan ini.
Can Shooting Game: Smash & Hit
Seringkali, golongan selebriti tempatan dikatakan lebih memilih barangan berjenama mewah buatan luar negara. Kalau barangan buatan Malaysia ini, cukuplah sekadar pandang sebelah mata sahaja. Haihh, ...Bagi kanak-kanak era 2000- an mungkin ada yang tidak kenal dengan beberapa permainan tradisi zaman kanak- kanak era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an.
Malah, tidak keterlaluan jika penulis katakan kanak-kanak era 90-an yang menetap di bandar juga mungkin ada yang tidak tahu apa itu permainan tuju selipar, baling tin, galah panjang, toi, konda kondi, rounders, police and thieves, zero point, lastik dan banyak lagi.

Berkesempatan memainkan permainan itu semula baru-baru ini ketika mengadakan reunion Sekolah Menengah Teknik Temerloh 2002, menggamit memori menusuk hati, terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak semula.
Hari Klang Tanpa Kenderaan (edisi Hari Malaysia)
Bunyinya unik, mudah diingati dan dibayangkan. Sebagai contoh tuju selipar, sebut sahaja namanya, mesti anda sudah bayangkan permainan apakah itu yang tentunya menggunakan selipar sebagai objek permainan.
Kanak-kanak zaman dahulu dipenuhi dengan pendedahan segala bentuk keberanian baik dari segi mental dan emosi, malah aktiviti lasak yang dijadikan permainan juga merupakan salah satu pendidikan yang mencorakkan kecekalan ketika dewasa.
Lihat sahaja permainan tuju selipar. Tiga selipar didirikan membentuk tugu segi tiga atau piramid. Dua pasukan dikehendaki bermain permainan ini di mana satu pasukan akan mengawal tugu, manakala satu lagi akan membaling tugu itu dengan satu selipar lain.
Jkkn Anjur Festival Permainan Malaysia
Menariknya dalam permainan ini, memerlukan kecekalan, tenaga, tekad dan keberanian, kerana pasukan yang mengawal akan membaling anda dengan selipar juga untuk elak anda mara. Memang sakit! Tapi itu lah warna-warni permainan ini.
Jika anda tidak berani berdepan rasa sakit akibat dibaling selipar oleh pasukan lawan, anda tidak akan mara dan kalah; jika berani, nekad dan cekal, anda lah bergelar juara!
Saya mula main permainan ni sejak darjah satu. Aktiviti paling popular di kampung. Sekarang dah besar susah nak main. Mana nak dapat geng dah besar panjang macam ni! Permainan legend! Jadi bila buat reunion atau jumpa kawan-kawan sezaman memang ini lah permainan cadangan, sambungnya lagi ketika sama-sama mengimbau kenangan silam itu.

Bawa Anak Cuti Sekolah Ke Kampung
Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar.
Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.
Dalam masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke susunan asal. Sekiranya berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula.
Dekati Permainan Tradisional
Namun sekiranya kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati.
Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
Permainan Tradisional Yang Semakin Dilupakan
Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan
