Siapa yang Duduk di Depan Kapal Terbang? Penjelasan Kepada Pertanyaan Umum

Siapa yang Duduk di Depan Kapal Terbang? Penjelasan Kepada Pertanyaan Umum

Perjalanan udara adalah bentuk pengangkutan paling selamat di dunia. Peluang untuk sesebuah pesawat terhempas adalah sangat-sangat tipis. Namun, apabila faktor ketinggian digabungkan dengan graviti ia tetap mewujudkan kebimbangan di kalangan penumpang.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, sebanyak 104, 000 penerbangan komersil terbang secara purata setiap hari. Walaupun kebanyakan pesawat ini tiba di destinasi yang dituju, sebilangan kecil lagi tidak begitu bernasib baik.

SiapaPenjelasan Kepada Pertanyaan Umum title=Siapa Yang Duduk Di Depan Sekali Kapal Terbang style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSDO0cKgtn0UqJDgUaNeonWzjulSVTmhQ4BPSvZBdr1HGrXs0qfBVKXtctzPC5sN80hEkI&usqp=CAU'; />

Walaupun kemungkinan untuk sesebuah pesawat itu terhempas adalah satu dalam berjuta, ia adalah kemungkinan yang tidak boleh dinafikan. Sebagai penumpang, anda pasti ingin tahu di manakah tempat paling selamat dalam pesawat sekiranya berlaku kemalangan.

Perlu Lebih Berhati Hati Jika Duduk Di Tempat Duduk Bertingkap Di Atas Kapal Terbang

Sebenarnya, jawapannya bergantung pada jenis kemalangan yang dialami pesawat anda. Menurut jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, Alison Duquette, setiap insiden atau kemalangan pesawat itu adalah unik.

Kesan kemalangan mungkin berpunca dari pesawat jatuh menjunam, pendaratan dalam air atau pelanggaran di landasan. Menurut Allison lagi, sebenarnya tiada tempat duduk yang benar-benar selamat.

Pada tahun 2007, majalah Popular Mechanics telah menganalisis setiap data Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional berkenaan nahas pesawat komersial di Amerika sejak tahun 1971. Setiap nahas yang diteliti mempunyai kematian dan juga penumpang yang selamat.

Siapa Yang Duduk Di Depan Sekali Kapal Terbang

Hasilnya, mereka mendapati tempat duduk di bahagian belakang selepas sayap pesawat mempunyai kadar paling tinggi untuk selamat iaitu sebanyak 69 peratus. Bahagian tengah pesawat pula mempunyai kadar 56 peratus untuk selamat manakala bahagian hadapan pula hanya 49 peratus.

Pada tahun 2012 pula, sekumpulan penyelidik telah memutuskan untuk menggunakan pesawat Boeing 727 sebagai uji kaji mereka. Mereka telah mengisi pesawat itu dengan patung dan kamera ujian kemalangan dan melakukan ujian itu di Gurun Mexico.

-

Para penyelidik itu telah mengarahkan pesawat itu ke tanah seolah-olah ia sedang melakukan pendaratan kecemasan. Seperti yang dijangkakan, bahagian hadapan pesawat adalah yang paling teruk terjejas akibat pendaratan itu.

Damit Tak Kisah...: Jom Naik Kapal Terbang Twin Otter

Bahagian kokpit pesawat itu pecah dan terbelah manakala kerusi penumpang di bahagian hadapan terbang beberapa ratus kaki tinggi. Kesan hentaman itu jelas boleh membunuh atau mencederakan penumpang di kawasan itu dengan teruk. Apa yang lebih ironinya, kawasan hadapan adalah tempat duduk kelas pertama yang menjadi idaman setiap penumpang.

Penumpang di bahagian belakang masih mempunyai kemungkinan untuk cedera terutamanya di bahagian kepala sekiranya mereka tidak memakai tali pinggang keledar. Namun, secara keseluruhannya peluang untuk mereka selamat adalah lebih baik.

Jom

Analisis ketiga pula dilakukan oleh para penyelidik majalah Time pada tahun 2015. Mereka menggunakan data 30 tahun yang dikumpul Pentadbiran Penerbangan Persekutuan . Mereka telah memperkecilkan skop mereka kepada 17 kemalangan yang berlaku sejak 1985 di mana kemalangan itu mempunyai kedua-dua jumlah penumpang yang selamat dan meninggal dunia.

Penumpang Dan Anak Kapal Dalam Pesawat Terhempas

Setelah memeriksa semua carta tempat duduk yang diperolehi, mereka mendapati tempat duduk satu pertiga paling belakang mempunyai kadar kematian paling rendah (32%) berbanding bahagian tengah (39%) dan bahagian hadapan (38%).

Walaupun tempat duduk di bahagian satu pertiga belakang pesawat paling rendah kadar kematian, kedudukan kerusi yang berada di tengah (warna kuning dalam gambar) merupakan tempat duduk paling selamat dengan 28% kematian sahaja.

Teaching

Namun, para penyelidik Time menyatakan bahawa keadaan tertentu yang berlaku dalam kemalangan boleh menyababkan puratusan ini menjadi tidak relevan. Setakat ini, tempat duduk paling belakang adalah paling selamat.

Video] Buka Pintu Pesawat Pada Ketinggian 700 Kaki, Pemuda Korea Berdepan Penjara 10 Tahun • Motoqar

Sudah tentu, semua kemalangan adalah berbeza. Sekiranya pesawat itu terhempas di bahagian ekor dahulu, mungkin penumpang di bahagian hadapan paling selamat. Namun, menurut data kemalangan yang ada sekarang menunjukkan tempat duduk paling selamat adalah di bahagian satu pertiga di belakang pesawat.

Sebenarnya, ada cara lain untuk meningkatkan peluang anda untuk hidup walaupun di mana pun tempat duduk anda. Beri perhatian kepada taklimat keselamatan, ketahui bilangan baris kerusi anda dengan pintu kecemasan yang terdekat dan bersiap sedia jika berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Tip

Apa Itu Wabak X dan Adakah Rakyat Malaysia Perlu Bimbang? 10 Perkataan Sastera Yang Diguna PMX Dalam Ucapan Kenapakah Starbucks Gunakan Saiz 'Tall', 'Grande' dan 'Venti' ? 7 Benda Kita Anggap Percuma; Ditanggung Pemilik Restoran

Di Mana Lokasi Kerusi Paling Tak Selesa Dalam Pesawat? Ini Jawab Pakar

Kisah Nahas Pesawat Terburuk Dalam Sejarah - 123 Japan Airlines 6 Nahas Pesawat Di Mana Seorang Sahaja Terselamat Mengapa Terdapat Bekas Abu Rokok (Ashtray) Dalam Tandas Pesawat Jika Merokok Dilarang? 6 Pesawat Perang Paling Terkenal Dalam Sejarah

LihatTutupKomentar