Sesetengah orang menjadikan peti sejuk sebagai tempat untuk menyimpan segala jenis makanan mahupun minuman, namun tidak semua sesuai disimpan dalam suhu sejuk.
Kajian mendapati tembikai mengekalkan lebih banyak antioksidan sekiranya diletakkan di suhu bilik. Iya, semua orang mesti menggemari tembikai yang sejuk, namun ada cara untuk menyimpannya agar kekal segar.
Tomato adalah sejenis sayur yang patut anda elakkan untuk disimpan di dalam peti sejuk. Menyimpannya di dalam peti sejuk bukan hanya akan membuatkannya kehilangan rasa asli, tetapi akan memecahkan molekul dan tomato tersebut tidak pejal seperti waktu dibeli.
Bahaya! Jangan Simpan 4 Benda Ini Dalam Peti Ais Anda
Sungguhpun ia berasaskan ikan, namun tidak bermakna ia perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sebenarnya, menyimpan tuna di dalam pantry atau kabinet membuatkannya tahan lebih lama sebagaimana tarikh luput yang tertera. Namun, jika tin tuna sudah dibuka, pindahkan ke dalam bekas kecil dan simpan di dalam peti.
Kentang tidak sesuai disimpan di dalam suhu sejuk kerana ia akan menjadi sangat lembab dan tidak berkualiti untuk dimasak kerana kanjinya telah pecah. Cukup untuk menyimpan kentang di dalam raga kecil yang diletakkan di tempat kering.
Rempah merupakan sejenis bahan masakan yang mengandungi aroma. Menyimpannya di dalam suhu sejuk akan memecahkan dan menghilangkan rasa semula jadi rempah berkenaan. Hanya perlu simpan di dalam botol atau bekas kecil yang diletakkan di ruang kering bersuhu bilik untuk hasil masakan terbaik.
Tips Urus & Susun Barang Dalam Peti Sejuk Dengan Betul Supaya Mudah Nak Ambil Barang!
Menyimpan madu di dalam peti hanya akan membuatkannya menjadi keras dan berketul-ketul. Madu adalah bahan perisa yang terbaik, justeru ia perlu disimpan sebaiknya agar kekal dalam keaslian tersendiri.
Menyimpan nutella di dalam peti sejuk bukan satu tindakan yang bijak. Tindakan ini hanya menyebabkan ia bertambah pekat dan menyukarkan anda untuk menyapunya pada roti, malah rasa coklatnya juga tidak seperti asal. Sebaiknya, simpan di ruangan kering seperi pantri atau kabinet makanan. Jangan lupa, pastikan bekasnya sentiasa ditutup kemas.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan peraturan dan terma Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya. kami.