Tahu kah anda, Dalam peti sejuk beku juga boleh berlaku letupan walaupun rasanya tak ada benda yang memudaratkan. Tambahan pula, letupan ini berlaku bukan disebabkan oleh kualiti peti sejuk beku atau masalah litar. Murah ke, mahal tetap alami masalah yang sama jika 3 benda ini berada di tempat yang salah.
Apakah bahan atau benda berbahaya yang tidak sepatutnya diletak di dalam peti sejuk beku? Terdapat tiga bahan yang dikenal pasti yang tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk antaranya ialah:
Adakah Ia Selamat title=AWAS! 3 Bahan Ini Akan Meletup Jika Disimpan Di Ruang Sejuk Beku style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQu7UBmO4_MZDY43x9dD-SyABtLcPdwd3nUCRRWDwnudVTq6_sn26cTm5Zli5QWtDfRUxU&usqp=CAU'; />
Biasanya, minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida di dalamnya yang mana menyebabkan ia menjadi bergas tidak seperti minuman manis biasa. Namun, apabila ia menjadi sejuk beku, air di dalam minuman akan menjalani proses kristalisasi disebabkan oleh suhu yang membeku dan meninggalkan hanya sedikit ruang yang semakin mengecil bagi partikal karbon dioksida di dalam minuman ringan ini.
Benarkah Umat Islam Tidak Boleh Kongsi Peti Sejuk Dan Microwave Yang Digunakan Bagi Makanan Tidak Halal?
Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang dan oleh kerana tiada ruang yang mencukupi untuk menampung gas ini di dalam tin, ia akan menjadi semakin mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup apabila tidak lagi dapat menampung tekanan.
Seperti minuman berkarbonat, ais kering juga pada asasnya terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Biasanya ais kering digunakan sebagai kesan khas kerana ia mengeluarkan asap untuk persembahan konsert, teater dan rumah hantu. Untuk membentuk asap dari ais kering, ia perlu direndam di dalam air yang akan menyebabkan karbon dioksida berubah menjadi gas melalui proses yang dipanggil pemejaluwapan.
Walaubagaimanapun, apabila berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan bagi ais kering dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas menyebabkan karbon dioksida mengembang sebanyak 600 hingga 800 kali dari bentuk pepejal.
Makanan Ini Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk
Namun, jika ais kering tidak meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk anda akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Adalah amat penting apabila anda tidak sepatutnya memegang ais kering dengan tangan yang tidak beralas kerana ais kering boleh menyebabkan luka beku. Jadi, pastikan anda memakai sarung tangan yang tebal apabila mengendalikan ais kering dan pastikan ia tidak diletakkan di dalam peti ais. Sebaliknya di dalam bekas ‘styrofoam’ atau bekas simpanan ais.
Minuman beralkohol mungkin boleh disimpan di dalam ruang sejuk beku peti sejuk untuk menjadikan ia sejuk dengan segera tetapi awas apabila botol itu tidak dibuka. Ia akan menyebabkan tekanan dan cecair di dalam botol akan mengembang lalu boleh mengakibatkan letupan yang serius jika ia disimpan lama di ruang sejuk beku.
Apabila Minuman Halal Dan Arak Berkongsi Peti Sejuk...
Selain dari melarang meletak minuman ini di dalam ruang sejuk beku , ia juga agak merbahaya bagi meletak alat elektronik di atas peti sejuk anda. Suhu yang berbeza dan mempunyai gelombang elektromagnetik pada peti sejuk boleh merosakkan alat elektronik anda.
Penyejuk di dalam peti sejuk menggunakan gas ‘isobutane’ iaitu gas yang mudah terbakar. Sekiranya anda dengan sengaja membocorkan sistem penyejuk ini dengan benda yang tajam semasa membersihkan peti sejuk, ia juga boleh menyebabkan letupan.
Disebabkan peti sejuk adalah salah satu barangan elektrik yang kerap anda gunakan di rumah, adalah sangat penting bagi anda menjaga peti sejuk di rumah dengan baik.
Berapa Lama Adakah Cendawan Dalam Tin Atau Botol Yang Buat Sekali Dibuka
Anda diingatkan untuk tidak meletakkan item di atas, di ruang sejuk beku peti sejuk anda bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarga anda di rumah. Jika anda tidak pasti sama ada makanan dan minuman itu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tidak, sila rujuk kepada label pembungkusan.
Selain dekorasi di ruang tamu dan makan, ruang dapur juga perlu diberikan suntikan dekorasi yang menarik supaya keseluruhan ruang dalam kediaman tampak lebih cantik...Mengambil makanan yang halal dan bersih adalah kewajiban bagi umat Islam. Seorang Islam perlu memastikan supaya makanan yang diambil datang daripada sumber halal. Secara ringkasnya, makanan halal adalah makanan yang bersih dan terhindar daripada najis. Allah SWT telah berfirman:

Di samping itu, konsep halal juga dikaitkan dengan ‘tayyiban’ iaitu iaitu perkara yang baik atau elok. Oleh itu, makanan halalan tayyiban tidak merujuk kepada perkara yang buruk (yakni kotor dan jijik) seperti bangkai, darah, daging babi dan lain-lain.
Peti Sejuk Jenama Hitachi 2pintu Inveter, Tv & Home Appliances, Kitchen Appliances, Refrigerators & Freezers On Carousell
Sebelum ini kami pernah menghasilkan satu artikel tentang hukum memakan masakan orang bukan Islam. Umat Islam tidak dilarang memakan masakan individu bukan Islam dengan syarat makanan tersebut bersifat halalan tayyiban.
Pada masa yang sama, umat Islam juga boleh menggunakan perkakas kepunyaan bukan Islam dan sunat dibasuh dengan air jika tidak nampak ia digunakan untuk perkara haram. Jika ada, wajib dibasuh mengikut jenis najis tersebut seperti sertu jika melibatkan anjing dan khinzir.
Dalam isu pemakanan, orang ramai sering merujuk kepada makanan berasaskan khinzir atau yang mengandungi alkohol sebagai makanan yang jelas diharamkan. Bagi khinzir, ia merupakan satu najis berat iaitu najis mughallazah.
Panduan Penyimpanan Barang Dalam Peti Sejuk Begini Mudahkan Tugas Di Dapur!
Di sebutkan di dalam al-Quran bahawa khinzir adalah najis secara zatnya pada semua bahagiannya termasuk daging, bulu dan kulit. Allah SWT telah berfirman:
Bagi mereka yang berkongsi rumah atau pejabat dengan rakan-rakan bukan beragama Islam, pasti timbul tanda tanya jika boleh berkongsi peti sejuk dan microwave bersama mereka. Hal ini kerana mungkin mereka ada membawa makanan tidak halal seperti khinzir.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata berkongsi peti sejuk dengan makanan haram dibolehkan dengan syarat makanan diletakkan di dalam bekas tertutup . Ia bertujuan untuk mengelakkan makanan tersebut tercampur dengan makanan haram. Tambahan lagi, lebih elok jika makanan tersebut dilabel terutamanya jika ia merupakan daging supaya tidak tersalah ambil kelak.
Peti Ais Tidak Sesuai Sumbat Semua Makanan Ini, Mengapa?
Memandangkan makanan itu diletakkan di dalam bekas, tiada percampuran dengan najis berlaku dan ia tidak menjadikan makanan tersebut haram. Perkara ini juga selari dengan pendapat Dr Zulkifli bahawa memegang atau menyentuh tin makanan yang mengandungi bahan babi tidak perlu disertu memandangkan sentuhan itu tidak berlaku secara terus.
Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menetapkan bahawa seperti perkakas lain, peti sejuk yang digunakan atau baru dibeli daripada individu bukan Islam tidak wajib disertu sekiranya tiada tanda ia bernajis.
Namun begitu, ia sunat dibasuh dengan air bersih sahaja dan tidak perlu dilakukan sedemikian jika ia boleh merosakkan peti sejuk tersebut. Ketetapan ini adalah berdasarkan kaedah fekah oleh Imam al San’ani di dalam Subul al-Salam bahawa sesuatu barang asalnya adalah suci.
Peti Sejuk Peti Ais Fridge Panasonic 521 Liter, Tv & Home Appliances, Kitchen Appliances, Refrigerators & Freezers On Carousell
Jika wujud syak wasangka jika sesuatu perkara itu bernajis, kaedah fekah menyatakan bahawa ia dihukum sebagai tidak bernajis jika tiada bukti kenajisan.
Di samping itu, berkongsi peti sejuk antara makanan halal dan haram bukan sahaja berlaku di rumah tetapi juga di kedai-kedai. Sebagai contoh, kedai serbaguna yang menjual minuman beralkohol atau arak yang ditempatkan di dalam peti sejuk yang sama dengan minuman halal.
Menurut pendakwah Dr Fitri Haris, minuman yang diletakkan bersebelahan arak tidak menjadi haram. Malah, membeli minuman yang terletak bersebelahan arak tidak menjadi satu daripada sepuluh kesalahan yang dikaitkan dengan arak.
Cara Menyimpan Makanan Di Dalam Peti Sejuk
Namun begitu, Dr Fitri berkata jika terdapat kebocoran pada arak dan tumpah di atas minuman kotak, mungkin timbul syubhah memandangkan air boleh terserap masuk ke dalamnya. Oleh itu, minuman tersebut menjadi haram dalam situasi wujud perasaan syubhah.
Memandangkan microwave juga merupakan sejenis perkakas, ia mengikut hukum yang telah ditetapkan bagi perkakas iaitu suci selagi tiada kesan atau bukti najis.
Menurut Imam Muda Asyraf, najis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu najis aini dan najis maknawi. Najis aini merujuk kepada najis yang jelas nampak dan tidak boleh menggunakan microwave kerana risau tercampur. Walaupun begitu, jika ia bersifat maknawi dan tidak nampak secara jelas, maka agama memaafkan jika menggunakan microwave tersebut.
Cara Cara Menyimpan Makanan Didalam Peti Sejuk Dengan Betul • Murah Kitchen Marketplace Malaysia
Seperti mana perkakas makanan boleh dikongsi dengan orang bukan Islam, begitu juga peti sejuk dan microwave. Namun demikian, tindakan harus diambil supaya tiada percampuran berlaku antara makanan halal dan haram. Malah, harus dipastikan tiada sebarang najis yang jelas kelihatan. Jika hanya syak wasangka, maka ia dibenarkan kerana hukum asal sesuatu adalah suci.
Pada masa yang sama, perkakas yang pernah digunakan oleh orang bukan Islam sunat dicuci terlebih dahulu menggunakan air biasa. Jika jelas terdapat najis, ia perlu disucikan mengikut kaedah menyucikan najis berdasarkan jenis najis tersebut.
